Tuesday, February 15, 2011

AMPUNKAN DOSAKU - SHEILA RUSLI & JINGGO

Akhirnya SABTU menjelma, Alhamdulillah
Sabtu untuk berehat sepatutnya..tp biasala…hari ni hari groceries shopping for me… to stock up my kitchen cabinet & fridge, with my 2 handsome bodyguards… mcm2 hal, but they were very good sons!!!
LOVE THEM SOOOOO MUCH…..

night… tv time… layan CEREKARAMA:TV3: AMPUNKAN DOSAKU..
as usual, Sheila Rusly’s drama…very meaningful!!! Plot yg menarik… tak melalut-lalut, smooth flow and very touching…

Isu yg dibangkitkan, berat, tp berjaya dijadikan satu karya…berjaya menarik perhatian dari mula, & memaku penonton hingga kehujung tayangan. Tak dinafikan memang menyentuh perasaan & for me…memang berlumba2 ayaq mata jatuh berderai…TAHNIAH buat SHEILA RUSLY and JINGGO!!!

Isu anak tak berbapa memang isu PANAS…kerap kali dibincangkan, x kiralah dalam wawancara TV, radio talk, blog, FB, twitter & more, macam2 kesimpulan dibuat:
“pompuan yg salah…baru jumpak sj serah ‘semua’”
“ lelaki tu yg tak guna..tu la byk sgt terdedah dgn benda2 tak elok”
“mak bapak yg cuai…sebok ngan kerja, anak2 terbiar”

Alasan2 diatas dah byk kita dengar..asyik menunding jari, cuba menyalahkan seseorang. Tp tu jugak sebenarnya cuba nak mencari punca, supaya senang kita nak settlekan (bak kata nadjmi-RL5, boleh settle semua)- betul jugak tu… bila tahu punca, baru boleh cari penyelesaiaan..

My dad always remind me…
“put an iron door for yesterday… u cant change history…don’t think tomorrow, u don’t know future..but think what u want to do now, coz ur decision will colored ur tomorrow.”
Dalm isu nie, I think my father quote is suitable..
Kita tak payah fikir siapa yg salah, benda dah jadi, jgn salahkan anak kecil itu…dia tak tau apa2 pun, otak pun tak fully function lagi, KESIANkan lah dia. Kita pikirlah apa kita nak buat utk menyelamatkan semua pihak dan fikirkan cara utk membendung masalah ini….nie my opinion..:

Perempuan:
Tolonglah jaga maruah diri, maruah seorang perempuan tinggi nilainya.. MALU adalah sifat seorang perempuan..carilah ia didalam diri kita, malu akan membataskan pergaulan seorang perempuan..

Lelaki:
Zaman malaya mandi sungai… lelaki akan berkawal kalau kaum wanita membersihkan diri disungai… kalau ada lelaki yg mengganggu wanita sekampung, akan di bela wanita itu..!!
Timbulkanlah rasa hormat terhadap kaum wanita, kerana dari rahim wanitalah, lahirnya zuriat lelaki @ perempuan…
Cuba ingat, kalau itu saudara perempuan kita, apa rasanya?
Jgnlah melihat saudara perempuan dengan perasaan yg boleh menguanggu hati & perasaan..
Cari jugak rasa MALU dalam diri..

MAK AYAH
LUANGKAN MASA dgn anak2.. bercakap lah.. kalau berat sgt mulu, jadilah pendengar kepada masalah anak2. Tahu keja banyak.. kena buat xtra kerja sebab nak menampung perbelanjaan harian, tolong lah cari masa bersama anak2…
Ibu lah teman anak perempuan…bercakaplah, dengarlah luahan hati anak2..
Ayah lah tempat bergantung anak2, dgn ayah anak sepatutnya rasa selamat, bbukan nya ayah makan anak…tak
Mak ayah cari jugak lah perasaan malu dalam diri…

KERAJAAN…
Binalah rmh yg mampu milik dengan keluasan yg sesuai. Bagaimanakah family dgn 5 anak tinggal dalam flat 2 bilik, bukankah ini menggalakkan ketidakselesaan dalam family..byk yg terexpose… memang rumah mahal terutama di Bandar, tp cubalah cari jalan yg terbaik untuk menyediakan frasarana ini…

Kenapa MALU: sebab itulah perisai orang beriman…ALLAH SWT sentiasa memerhatikan hambanya…dia ada live telecast apa yg kita buat, bila ada malu kita akan sengan dgn perbuatan maksiat kita, SYAITAN pun sentiasa dikeliling kita…sentiasa tgk apa kita buat…kalaulah kita boleh nampak syaitan, mandipun kita akan pakai kain basah…MALU sebab syaitan tgk… kalau nak rasa, mintak lah dr ALLAH utk lihat syaitan, pasti bayangan dia pun kita tak sanggup lihat…

AKAR UMBI nya..baliklah ke AJARAN AGAMA..apa2 agama didunia nie mengajar kita cara hidup yg baik..tak ada agama yg suruh kita buat jahat… kenapa manusia yg dikurniakan AKAL FIKIRAN susah sgt nak buat benda baik…malah suka pada kejahatan, tu maknanya syaitan dah menguasai diri… bukankah itu macam dah jadi syaitan sedikit sebanyak..????
tolonglah kekalkanlah diri sebagai INSAN/MANUSIA…sebab..kita dilahirkan sebagai manusia BUKAN syaitan…. Dekat2 kanlah diri dgn agama..ISLAM..baliklah berhimpun dimasjid, kuliah agama..tidakpun dengalah rancangan agama diTV like 106 astro OASIS…byk perkara dikupas… dgrlah dgn hati terbuka…
lagi satu….5 HARI TAK MEMBACA MANA2 AYAT AL-QURAN SATU TITIK HITAM LINDUNG HATI…bayangkan dah berapa lama kita tak menyentuh AL-QURAN??? agaknya dah gelap hati kitakan…itulah syaitan suka…!!!

Kepada YG KAYA RAYA
Yg hartawan…jutawa..jadilah seorang DERMAWAN…memang anda berhak untuk berkata tidak….atau
“ini duit aku, aku penat2 cari duit, suka-suka hati nak mintak aku dermakan duit aku..tu lah pemalas, nak duit cari la sendiri, asyik harap derma orang saja, muda lagi..kerjalah sendiri…”
Rumah iman yang menjaga anak2 HIV pernah meminta derma sebab nak mencari RM280k untuk membeli rmh sendiri…dah berbulan mereka menghimpun duit tp masih tak cukup…
herankan kita byk org yg kaya raya kat malaysia..kalau 280 orang jutawan menderma RM1000 seorang dah lama rumah IMAN dah dpt rumah sendiri… untuk menderma RM1000 dirasakan byk sgt, tp boleh membeli benda lain beratus2 ribu harganya…contoh vacation..beg tangan LV, PRADA…jimmy choo..& mcm2 lagi.. tak membebankan, malah menjadi hobi….
Kesian kan…????
Bukankah ALLAH SWT ada berjanji akan member lebih rezeki kepada org yg menderma???

Jadi kepada Sheila Rusly, tahniah kerana isu yg dipertontonkan mampu membuat semua penonton menjadi pemikir..walaupun sekejap… walaupun cuma segelintir penonton sahaja… tp mampu menyedarkan masyarakat….

Kepada sesiapa yg tengah mengandung tanpa bapa…jgnlah dibuang/dibunuh anak itu..kalau tak mau bela, bg la kat orang…byk org tak dak anak…nak sangat anak..my deliver experience is nighmare…

1st son 5 mlm kat hospital, 2 mlm pertama, jalan tak bukak, 3rd day- induce..contraction every 10 minutes, 4-5 times, sekali contraction 40 sec, nie bermula dr 7pg sampai 7 mlm, sakitnya allah sj yg tahu,hari kelima operation…

2nd son, 4 mlm kat hosp, 3 day induce.. 2x, pukul 7 mlam sakit, masuk bilik bersalin 10.00mlm, 10.30 pecah air, sakit sampai 3.30pg, try to push sampai 4.30, sakitnya paha dikepak….sakiiitt sangat… 4.44 baru keluar tu pun vacuum…. Jahitnya 3 minggu pun sakit…memang bertarung nyawa…

Kalau u all boleh beranak sendiri ALHAMDULILLAH.. syukurlah kat allah…
Kalau takut ngan tanggapan masyarakat: tolonglah fikir.. kalau tak bunuh anak, masyarakat tak tau, hanya org kampong yg mengata, kalau bunuh baby tu, satu dunia tahu & satu dunia menyumpah…tu tak kira lagi bebanan mendengar suara baby & mimpi ngeri tiap2 malam…. TOLONGLAH pikir… anak tu tak salah..dia SUCI.. berilah dis peluang hidup kat dunia nie… ajarlah dia supaya tak mengulangi kesalahan yg kita lakukan, tak salah utk mengaku salah..
Isu allah tak terima maaf kita..bukan manusia yg membuat keputusan. ALLAH punya keputusan….ALLAH SWT maha pengampun dan maha penyayang… kita hanya perlu menadah tangan dan memohon keampunan dari-NYA…jgn putus2 meminta… biarlah DIA yg membuat keputusan….
Masyarakat keliling…JANGANLAH MENGHUKUM mereka ini…kita hanya HAMBA yg kerdil didunia ini. Taraf kita semua sama, biarlah ALLAH yg menentukan segalanya. Kita perlu menerima kehadiran mereka, dan cubalah membimbing mereka supaya tidak diulangi lagi kesalahan dulu…

Kepada ANAK2 yg TAK BERBAPA…jgnlah kita pinggirkan. Jgn bebankan mereka dgn kesalahn makayah nya…bagilah peluang kepada mereka.. mereka tidak jijik or kotor..sama mcm baby yg lain…belailah dengan KASIH SAYANG.. ini dapat menjadikan mereka manusia yg penyayang… asuhlah mereka dengan didikan agama yg secukupnya… jadilah mereka anak2 & insan2 yg BERIMAN…

Kepada semua, sorry coretan panjang, diharap coretan ini dapat mengubah diri utk menjadi insan yg lebih baik…untuk mengubah dunia dgn wang ringgit..ku tak mampu, hanya dengan tulisan diharap dapat membuka minda sesiapa yg membaca..hanya ini yg mampu ku ubah dunia….
Salam

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

About InTan....

My photo
khas untuk peminat novel... these are my review